Januari 02, 2018

Mixed Berry Smoothie




Assalamualaikum!!


Smoothie of the day.. Lama tak buat smoothie dan teringin nak mencuba almond milk campur coconut milk yang SN beli semalam. Sedap juga tapi layernya tak berapa menjadi. Sebenarnya 3 layer dan yang namapk cuma 2 je kan? tak apa lah nanti kita cuba lagi. Frozen berry SN banyak beli time ada offer hari tu tapi tak terbuat buat juga. Rasa busy lah sangat tapi sebenarnya malas hahaha...

Simple tapi enak lebih lebih lagi kalau guna buah fresh kan. Biasa SN guna low fat yogurt dan laktose free milk tapi bila nampak ada air baru teruja juga nak mencuba. Jom.. 



Mixed Berry Smoothie
By: Sue Norrman

Bahan-bahan
2 cawan frozen mixed berry - SN guna swedish cup yang 100ml cup
200 ml almond milk atau fresh milk/ plain yogurt
100-150ml air sejuk
1 sdm madu


Cara
  1. Kisar kesemua bahan bahan sehingga hancur.
  2. Tuang ke dalam gelas dan sedia untuk di minum. 
  3. Kalau nak sedap boleh juga di blend campur sedikit ais krim vanilla.

SELAMAT MENCUBA!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...