Ogos 03, 2017

Cuti Ke Jiangyin/ China - Part 2


Selamat Pagi!!

Semoga sahabat SN sihat dan di rahmati Allah swt.. Hari ni SN kembali untuk coretan journal yang belum berkesudahan.
Walaupun sedikit kecewa dengan internet di sini tapi jangan mudah berputus asa. SN dan acap kali kena bila disconnect internet ni. Time kita perlu part tu juga ia hilang dari radar dan nak tunggu VPN connect tu lagi satu cerita. Kalau tak sabar memang kalah dengan uji kecil ini. Salah satu negara yang menguji kesabaran kita adalah negara yang SN jejaki sekarang. Sedia maklum dengan bahasa mereka yang kita tak tahu lebih lebih lagi majoriti mereka tak boleh bertutur english. Mereka bukan hanya bertutur mandarin sahaja. Lain province lain  bahasa mereka macam di malaysia yang kita tahu ada hokkien, kantonis, hakka dan ada yang kita tak tahu.  Jadi nya kita berinteraksi umpama ayam dan itik. Kau nak cakap apa lantak lah ada ku kesah.. haaa gitulah.


23hb Julai 2017 - Part 2

Semalam sampai part imigresen kan?? So  hari ni menyusuri lagi untuk seterusnya. Setelah melepasi  untuk kemasukaan dan dah dapat kertas kecil dari immegresen kita pun pergi ke belt untuk claim baggage. Kami tunggu 25 mins sehingga tertulis  semua baggage dah keluar tapi 2 baggage kami tak nampak. EN dan merah muka tapi tak bersuara lagi mungkin menunggu sehingga semua dah collect baggage mereka. So SN bagi tau better pergi baggage missing buat komple kot memang sesat. EN selamba je jawab sabar! maka kita pun bersabar dan terus menunggu. Entah tak tahu tergerak hati nak pergi belt sebelah manalah tahu kan saja saja untuk memujuk hari. So SN cakap dengan EN dia tunggu sini nanti SN periksa sebelah dan dia ok je. Bila dan sampai belt sebelah dari kejauhan dah SN nampak beg yang berwarna merah menyerlah tengah happy atas belt ikut pusing pusing. Ya Allah... tanpa perasan SN teriak kat EN untuk ambik beg dari sini dan entah berapa kali dah pusing beg kot pening lah sudah. EN datang dengan trolly tanpa kata apa apa dan relax je tapi kita yang emo tau. Rupanya itu kesilapan dari kami sendiri kerana memang tertulis dan skreen ada 2 belt. Kami fikir belt yang kami tunggu je... Haaaaa lega ouls.





Kami pun keluar melalui arrivals hall A untuk penerbangan antarabangsa. Matlamat kami menghampiri target dan terus menuju ke kiosk untuk visa ke China yang memang dah tersusun berhadapan dengan pintu keluar arrivals A. Ini merupakan kali ke-2 untuk SN membuat visa melalui Hong Kong dan pertama kali dulu kami ke Nantong pada tahun 2013 dan keluar ke hongkong untuk pergi ke Zuhai atas urusan kerja juga. Bila nak masuk china balik terpaksa membuat visa lagi kerana visa kami hanya one entry.  Ketika itu kami melalui hotel untuk mengurus visa dan siap pada keesokan malam nya. OK.. Bila dan ready kami terus ke kiosk yang EN selalu gunakan untuk berurusan dan amoi tu kenal sudah dengan EN






Permohonan kami berbeza manakala SN untuk type (L) visitor dan EN type (M) urusan bisnes. Di sebabkan kami sampai pada hari ahad dan embassy tutup makanya  permohonan terpaksa di submit keesokan harinya pada hari isnin dan siap pada hari selasa 25/7 tengahari. Satu lagi masalah sebab tiket kami ke Shanghai pada isnin jam 8:10pm dan kira bagi allowance untuk collect visa siangnya tapi hampa. Kami tiada pilihan nak tak nak terpaksa akur tanpa membuat pertukaran flight terlebih dahulu dan setuju. Bila dah setuju seperti biasa, dokumen yang di perlukan di serah untuk di copy dan ambik foto di situ juga. Lama juga menunggu sehingga selesai sebelum kami berlalu untuk membuat pertukar flight pada hari selasa. 

Walaupun tiket asal pada hari isnin tanpa membuat penukaran terlebih dahulu alhamdulillah tiada masalah dan mereka juga mengambil untuk copy. Setelah selesai pembayaran kami berdua pergi ke departure area untuk membuat pertukaran flight. Syukur nasib ada flight pada waktu yang sama cuma berbeza tarikh. Tapi kannnnnnn... kita kena charges 600hkd, sedih weiii. Setelah confirm EN pula yang call travel agency untuk membuat pertukaran. Kebiasaan untuk seaman tiket memang selalu ada seat dan kaunter pun tak dapat nak tukar sebab kami dah cuba. Mereka suruh  contact agency yang issue tiket.. Beres urusan visa dan tiket mata dan mula meragam dan kepala dan rasa ting tong sebab tak cukup tidur dan jetlag.



Kami pun berlalu dari situ dan menuju ke hotel bersebelahan dengan airport kurang lebih 2-3 minit dari aras ketibaan. Kami pun check in dan mintak extend semalam lagi di sebabkan visa. No problem walaupun booking awal nya cuma semalam cuma rate tu mahal sikit sebab tak ada promotion. Ok lah dari tak dapat nak stay di bandar pun kurang lebih harganya.  Untuk malam pertama rate 1450hkd dan malam kedua 1750hkd. 300hkd bezanya sayang juga kan? 

Dah dapat kad apa lagi masuk bilik terus mandi dan solat. Lepas tu mata tu dah tak dapat buka memang mengantuk giler tidur sampai jam 5pm. Lapar pun tak rasa bila mata menggila. Dah charge otak dan ngantok baru sedar nak cari makan. Kami tiada pilihan cuma ada room servise memang khas untuk halal. 2 hari berturut turut room service untuk lunch dan dinner cuma hari isnin kami breakfast di hotel yang menghidangkan International breasfast. Harga pening mak oii untuk kami berdua 446hkd bermakna rm200 seorang, berbalaoi tak??? cukup sekali dan next day nya kami beli roti kat  bakery aras arrival dan 3 in 1 nescafe bancuh sendiri dalam bilik senang dan murah. Untuk room service tu segan nak cakap nanti kalau ada yang stay di hotel ni tahu lah harga nya. 

En pun masih busy dengan kerjanya di sebakan delay sehari kami terpaksa call driver dan hotel di Jiangyin. 2 hari stay dalam bilik memang boring untuk kita yang tiada tugasan tapi pada mereka yang busy memang tak terasa. Nak tengok tv pun kena bayar yang ada cuma news. Baik tutup dan kita layan online tv lagi senang cerita.


25hb Julai 2017 - day 4

Jam 12pm kami check out dan meletakkan beg sementara pada bell boy. Kami ke hotel restoren untuk lunch sementara menunggu masa untuk mengambil visa. Dah nama nya menunggu memang kena sabar tapi semakin kita menunggu semakin lama rasanya. Exact jam 2pm kami ke travel agency untuk mengambil visa. Alangkah terkejutnya bila tengok duration stay cuma 15 hari sahaja untuk SN dan EN memang dapat 30 hari. SN tanya kenapa cuma dapat 15 hari mereka jawab sebab Malaysian cuma dapat 15 hari sahaja masuk China tapi SN show mereka visa yang terdahulu walaupun SN buat dari Sweden dan dapat double entry. Yang mampu mereka jawab itu yang embassy bagi. Geram pun ada tapi sabar sue.... nak salah mereka pun tak boleh sebab mereka pun bekerja juga. Berserah tapi bayaran tu sebenar memang untuk 30 hari for 1 entry. nasib tak buat express kalau tak melayang 2500khd. 

Tak nak fikir panjang kami pun kembali ke hotel untuk mengambil beg. Nak check in awal senang nanti boleh santai santai dalam departure. Dah dapat boarding pass kami masuk untuk security dan imigresen.  Dalam tu banyak kedai makan cuma ada 1 yang halal iatu poyeye kurang lebih macam kfc.  Kami duduk minum kopi sementara menunggu gate mana harus di tuju. lama juga menunggu sehingga jam 6pm baru tahu yang gate ke Shangahi 203. Nak tunggu apa lagi kat atas kami turun bawa untuk menunggu train menuju ke gate 200 ke atas.  Sampai gate departure berjalan lagi ke ke gate 203 jenuh lah penah kaki rasa nak baring je kat lantai tu wakakaka.. 





Menunggu dengan penuh sabar dan seorang demi seorang datang sehingga jam 7.30pm. Boarding time dengan menaiki Hong Kong Airlines ke Shanghai. Estimate depart jam 20:10 tapi menunggu sehingga 20:35 baru berlepas. 2 jam penerbangan SN tertidur sehingga mendarat di Pudong Int Airport, Shanghai. Tapi kami sampai terminal jam 23:15 dan terus menuju ke imigresen dan kena isi lagi arrival card. Situ lagi satu cerita punya lah panjang queue sehingga kami lepas jam 23:50 dengan mata yang ngantuk teramat dan memaksa diri untuk berjalan. Dari keluar  aras imigresen ke belt untuk claim jauh juga nun hujung sekali. SN terpaksa membawa trolly ke belt dan EN stop di kaunter untuk membeli sim card. 15minit menunggu baggage baru sampai dan kali ni tak ada masalah. Selesai urusan kedatangan kami berjalan keluar untuk mencari driver yang akan membawa memandu kami ke Jiangyin.

Setelah keluar tak nampak pun tag nama EN yang mana penunggu yang berdiri masing masing membawa tag nama  untuk peminat mereka hihi. Alhamdulillah beliau menunggu kami pada kiri alur keluar dengan nama EN dan company hihi..

Ok... cerita pemandu kami tak habis lagi tapi melalut huhuhu. Kami melambai tangan ke arah beliau dan beliau sambut kami mesra dan mengambil alih trolly beg terus menuju ke parking lot. Di situ bermulanya perjalanan pada jam 12:15am dan mengambil masa selama 2 jam lebih. Kami sampai di Jiangyin pada jam 2:50am dan terus ke hotel... nak tahu seterusnya tunggu part 3 ye!

To be continue....

SALAM DARI JIANGYIN




NOTE: GAMBAR DI ATAS ADALAH EHSAN DARI GOOGLE CUMA GAMBAR PERTAMA HAK MILIK SWESIA JOURNEY.

Ogos 02, 2017

Cuti ke Jiangyin/ China - Part 1


Assalamualaikum!!

Alhamdulillah ya sahabat semua semoga sihat hendaknya. Hari ini SN gagahi juga untuk entri blog yang lengang akhir akhir ini di sebabkan keadaan masa dan juga internet yang kurang memuaskan untuk login ke google. Juga berkongsi journal journey ke tanah besar china.  Sedia maklum di China ni banyak app yang mereka block terutama google, Facebook dan juga IG. Nak tak nak terpaksa beli vpn untuk memudahkan tapi bergantung juga pada internet. Maka nya hari ini SN mencuba nasib mudahan sampai ke hujung internet tak meragam.


Trips kali ini merupakan trip yang ke 4 bagi SN menjejaki ke tanah China untuk mengikut EN atas urusan kerja. Memandang sebulan lamanya EN akan berada di sini maka SN setuju untuk pergi bersama. Bak kata pepatah 'menyelam sambil minum air... Pada mulanya SN nak balik ke kampung saja dan bila selesai tugas EN kami balik sama sama ke sweden lagi tapi EN berkeras untuk membawa kita bersama. Apa lagi kan pucuk di cita ulam mendatang dan ofcos yes! Setelah mendapat invitation letter dari pihak di sini untuk EN so tak ada masalah untuk EN membuat visa tapi memakan masa pula untuk SN menunggu visa siap iaitu 7 hari waktu bekerja dan 2 hari extra untuk pos sampai.

OK... di sebabkan pihak sini memerlu kehadiran EN pada hari selasa 25hb Julai dan jalan terpintas adalah membuat visa adalah  di Hong Kong. Dan SN pun membatalkan niat nak hantar permohonan visa ke china embassy di  Stockholm lagi pun pada masa itu SN tengah menunggu surat dari Swedish Tax Agency untuk salah satu syarat membuat visa bagi yang bukan warganegara cuma pemegang mastautin tetap di Sweden iaitu 'Extract of the population register'. Ianya adalah segala butiran kita yang telah di daftar di tax agency dan segala detail adalah sah. Surat ini amat penting sekali untuk semua urusan berkenaan visa tak lupa juga kad penduduk tetap dan swedish identity card yang perlu di sertakan salinan bersama. Selepas itu Insyallah lulus. 

Bila kata sepakat dah di buat jadi terpaksa call travel agency untuk rebook ticket pada 22hb Julai dari tarikh sebelum ini pada 5hb ogos. Sebenarnya SN akan menyusul kemudian setelah urusan visa selesai tapi dah ada kesempatan kita gunakan sebaiknya. Persediaan untuk permohonan visa di Hong Kong tidak lah ketat sangat yang penting tiket ke china return mesti ada tak kisah lah ke mana yang penting ada tiket keluar dari china untuk sekian tarikh sebelum tamat visa juga hotel confirmation. Detail SN akan kongsi dalam entri China visa via Hongkong untuk memudahkan sesiapa yang berhajat masuk China melalui Hong Kong. Dan dokumen yang di perlukan semuanya dah beres tinggal pack baju sahaja.



22hb ogos 2017/ Day 1

Masa yang di nantikan telah tiba..kami dah check in online awal so tak rushing cuma seat tak tahu lagi. Kiranya nak memudahkan kerja cuma drop bag saja nanti. Jam 9am teksi dah menunggu di depan rumah untuk memandu kami ke Copenhagen airport yang mengambil masa selama 1 jam 20 minit. Sampai di airport terpaksa queue panjang untuk drop bag dan kaunter SAS AIRLINES yang cuma buka 3 kaunter sahaja sedang yang beratur tu beratus. Al-maklum lah ragam manusia macam macam kena banyak banyak bersabar. Bila turn kami dan cuba untuk minta seat yang sama Alhamdulillah dapat cuma dari Copenhagen ke Stockholm tapi sedikit hampa kerana bording pass dari stockholm ke Hong Kong kena collect di service counter di Stockholm. Tak pa lah nak buat macam mana kan kena redha je..




Menanti dengan penuh sabar bila gate akan di umumkan di tv screen.  Jenuh lah berdiri maka kami berdua duduk sementara menunggu dan bersarapan pagi lah kiranya pasal kami keluar dari rumah langsung tak minum mahupun sarapan. Haaaa... sarapan roti dengan fillet ikan sama ramoulade sos,  Danish punya breakfast ni sedap juga tapi jangan tanya harga ya memang lumrah harga di airport begitu. Kalau nak tahu juga mai kita bisik bisik y hihihi. Nak senang SN bagi total untuk sarapan kami berdua dengan 2 set danish bread with fish, coppucino dan sparkling water 425 danish kronor. Lumayan juga tapi kena fikir positif dan nak travel kena prepare benda tu semua.

Bila dan habis sarapan masih juga tak buka gate nak tak nak kami terpaksa berdiri dan menunggu dengan sabarnya. 40 minit hampir bording baru gate di umumkan maka kami berlari menuju ke security control. Alhamdulillah tak berapa sesak  tapi takut juga sebab kita tak dapat nak meramal.  Bila dah sampai gate kami pun menunggu lagi dan rupanya flight delayed sehingga jam 14:00 dari waktu asal jam 13:10. OMG!!! memang pasti akan miss flight ke Hong Kong sebab our flight jam 15:00 berlepas dari Stockholm.  Ya Allah.. dugaan apakah lagi dan sedih teramat. Mencuba nasib kami fly juga kot kot dapat tukar flight yang ada lagi walaupun lewat. Bila dah boarding semua ready nak take off , crew leader buat announce yang connecting flight ke Hong Kong juga retime pada jam 16:50.  Syukur sesangat dapat juga menarik nafas lega. Dalam flight yang kami naiki majoriti akan terbang ke Hong Kong,  mana tidak mengelabah.

Jam 15:20 kami selamat mendarat di Arlanda Airport Stockholm dan terus kami berjalan menuju ke service kaunter. Di situ juga sesak dan ramai orang menunggu. Cuma 2 kaunter yang buka yang 3 entah kemana mungkin coffee break kot.  Kami mengambil nombor dan menunggu giliran. dan bila turn kami staff tu cakap dia tak dapat keluarkan boarding pass. Hairan juga so kami tanya dan dia jawab dalam sistem tulis block!! Dia pun call entah siapa then kami di suruh pergi ke service kaunter sebelum balai berlepas  menuju ke security control. Arahan kami ikuti tapi bila dan sampai sana kami tak dapat duduk bersebelahan di sebabkan EN mereka upgrade ke bussiness class. Kalau flight full mereka akan bagi peluang pada yang ada gold card sahaja. Sedih lah tapi EN memilih untuk duduk sebelah kita dan mereka cuba untuk membantu. 




Sementara menunggu 30 minit tu kami duduk minum teh sama cinnamon bread dulu. Dalam pada yang sama kita cuci mata tengok ragam manusia hihihi.. 30 minit pun berlalu dan kami kembali  Alhamdulillah kami dapat duduk berselahan. Nak tunggu apa nya kami pun  berjalan masuk dan menuju ke pass control/ imegresen untuk perlepasan. Jauh juga berjalan untuk menuju ke gate tapi kami jalan santai santai dalam 15-20 minit gitu.  Bila kami sampai belum lagi ada yang dalam hall menunggu dan bila menghampiri masa untuk berlepas baru  ramai yang berebut.. Memang orang macam ni suka last minit kot tapi kita cool je. Tak lari mana pun tempat duduk cuma ragam manusia memang begitu.


Dah boarding apa semua,  kami dapat seat berdua dekat exit dan selesa juga sebab depan nya luas juga senang nak ke toilet. Perjalan dari Stockholm ke Hong Kong mengambil masa selama 10 jam setengah dan tidur lah semampu nya dalam flight. Dari terbenam matahari sehingga terbit kembali walaupun tidur tak lena. Makan pun tidak dan SN cuma makan salad dan roti serta puding. Bila tiba masanya kita kena isi arrival form yang crew bagi dan mesti di isi untuk pengesah imegresen ketika masuk Hong Kong.



23hb Julai 2017 - day 2

Jam 10:05 waktu tempatan kami mendarat dengan selamatnya di Hong Kong International Airport Terminal 1.  Masing masing sibuk untuk keluar dan tidak terkecuali kami berdua untuk berkejar dengan masa dan urusan visa yang masih menunggu. Bila dah keluar berjalan untuk imegresen dan bag claim ya ampun jauhnya... Seriously memang jauh! Bila sampai terpaksa queue lagi sebab bukan satu flight saja dan kena sabar. Bila arrival form dah di isi memang tak menjadi masalah ketika berada di pass control. Paling tidak pun  mereka akan tengok muka kita berdepan dan dalam pasport. Tunggu sekejap mereka akan print dan keluarkan kertas kecil detail tentang kemasukan kita di Hong Kong dan simpan elok elok kerana ianya berguna untuk permohonan visa. Masa untuk claim bag dan menuju ke destinasi yang di hajati.

Journal journey SN kongsi bersama pembaca blog Swesia Journey dan berasa sangat gembira. Walaupun ini bukan kali pertama mengembaraan tapi kali ini SN berkesempatan untuk mencoret nya di dalam blog. Insyallah akan bersambung lagi journal seteruskan sedikit masa lagi..

TO BE CONTINUE....

SALAM DARI JIANGYIN/ CHINA







Julai 31, 2017

LANGOS.. Hungarian Flat bread


Assalamualaikum!!

Alhamdulillah setelah 3 minggu menyepi dari berblog kini SN kembali dan berada jauh nun di negeri China. Kesibukan membantu EN juga masa amat mencemburui untuk mengadap pc makanya terpaksa menyepi seketika. Banyak resepi yang masih menunggu untuk di update Insyallah sedikit masa lagi ada resepi baru yang menyusul.
Sebenarnya langos ni SN buat 3 hari sebelum kami terbang ke Jiangyin, west of Shanghai atas urusan kerja dan SN pun ikut serta umpana menyelam sambil minum air hihihi.. Hidangan untuk tetamu yang datang ke rumah dan juga merupakan faveret EN. Ini bukan kali pertama SN membuat langos dan banyak kali berulang dan setia dengan resepi yang ini. Resepi SN ambil dari YOUTUBE dan ianya mudah untuk di fahami. Untuk topping ianya terpulang pada citarasa sendiri tapi kami lebih suka dengan topping yang begini dan lebih enak rasanya. Sapuan menggunakan sour cream dan boleh letak isi ketam atau udang. Yang enaknya rasa caviar tu hmmm. Ada juga yang suka makan dengan nutella tapi mungkin sedap kot kalau di sapu srikaya sebab rasa langos ni seakan rasa cakoi.

SN pernah cuba makan bersama sambal ikan bilis dan timus.. sedap juga! terpulang lah pada kalian nak cuba yang mana untuk topping nya ye. Sini SN kongsikan resepi pada yang ingin mencuba. Resepi ini SN bahagi kepada 2 bahagian dan dapat dalam 6 keping. Cukuplah untuk cubaan dan keluarga kecil. Jom!!
 

LANGOS
By: Sue Norrman

Bahan bahan
(A)
300ml susu segar suam 
2 1/2 sdt instant yis

(B)
500g tepung gandum
1 sdt gula pasir
1 sdt garam halus

(C)
200g kentang - rebus dan lenyek halus

(D)
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Sedikit tepung untuk taburan supaya tidak melekat ketika menggiling


TOPPING
Sour cream
Udang halus - rebus sekejap
Bawang holland - cincang halus
Daun bawang
Cheddar parut
Caviar
(Juga boleh guna nutella, srikaya dan jem)


Cara
  1. Satukan bahan A dan biarkan sehingga yis berbiuh anggaran sepuluh minit.
  2. Kemudian dalam bekas/ mixer bowl satukan bahan B dan C. Gaul sebati.
  3. Tuangkan susu tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati dan uli sehingga doh lembut dan elastik.
  4. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
  5. Panaskan minyak dengan api sederhana sementara menunggu doh siap di bulat.
  6. Sediakan papan/ silikon mat dan tabur sedikit tepung. Keluarkan doh dan ratakan dengan tepung tadi dan bulatkan.
  7. Bahagi doh kepada 6 bahagian dan bulat bulatkan.
  8. Giling sedikit doh jangan terlalu nipis sekadar hanya membesar doh sahaja. Kemudian tarik tepi tepi doh terpulang besar mana yang di inginkan dan terus goreng dalam minyak yang telah di panaskan tadi.
  9. Goreng sehingga kuning dan balik kan sebelah sehingga kuning juga.
  10. Angkat dan toskan atas tisu dapur secara menegak supaya tidak menakung minyak. Goreng sehingga habis dan sedia untuk di nikmati. 

Pesanan/-  Roti ini memang lembut dan ketika di tarik dan pastikan jangan tarik terlalu besar dan nipis takut di tengah doh selepas di tarik menjadi nipis. Juga kalau melekit letak tepung lagi untuk memudahkan.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

Julai 09, 2017

Apam Tapai Lembut



Assalamualaikum!!

Selamat tengahari semua... Semoga ceria hendaknya. Mungkin ada yang masih berziarah untuk rumah terbuka sempena syawal masih lagi dan hampir melabuhkan tirainya. 

Semalam SN berkesempat membuat apam tapai yang menjagi favorit ibunda juga SN sendiri. Alhamdulillah kejadian yang sangat lembut dan cantik sarangnya. Haa... nak kata hebat jauh sekali tapi tapai nasi SN buat sendiri tau! ragi yang SN bawa dari kuching dan sangat manis bila dah cukup masak. Pada mula nya cuma teringin nak makan tapai sahaja tapi bila tengok ada lebih dalam semangkuk kecil dan sudah berair sedikit so dari tak di makan lebih baik buat apam. Tapi... part ni memang sedih sangat mana tidaknya buat sesuatu tak periksa awal bahan yang nak di perlukan. Dah siap blend gula, air dan tapai kira nak ambil tepung beras sekali hampa. Kehabisan stok tepug beras yang di fikir selama ini bersisa satu paket tu rupanya  tepung pulut. Di sebabkan bahan dah di kisar sayang juga so SN bawa EN yang tengah bertukang di luar drive me ke bandar semata mata nak beli tepung beras. Nasib juga empunya badan tak marah dan EN ok je hihihi.. 

Ni lagi satu cerita bila dah masuk kedai memang tak sah tak beli yang lain walaupun dah list siap siap barang yang nak di beli pasti bertambah barangan tanpa list. Tak apa lah dah sekali jalan nanti tak susah. Ok.. barang dah ready kita balik rumah dan sambung tugasan yang masih menunggu. Mak aiii.. bahan yang di kisar berbuih macam kembang tapi baunya sedap di hidu. Gerak hati mengatakan kot masih elok kita cuba nasib dan masukan tepung dan yis. Kalau jadi kita share resepi tapi kalau tak menjadi nak buat macam mana kan. Siap perap dan kukus Alhamdulillah setelah di potong hati banyak suka. Menjadi dan cantik sekali sarangnya. Jadinya  resepi apam yang sangat lembut dan gebu. Resepi yang SN olah sendiri dan sukatan asalnya agak agak tapi SN timbang kesemuanya. Jom..


APAM TAPAI
Resepi: Sue Norrman

*Loyang 6 atau 7 inci*

Bahan bahan
(A)
270g air masak
80-100g gula pasir 
100g tapai nasi

(B)
180g tepung beras
1/3 sdt instant yis
Pewarna hijau sedikit atau warna kesukaan  

(C)
Kelapa parut secukupnya - Kukus sekejap supaya ianya tahan lama
Sedikit gula dan garam
*Bila nak makan baru campurkan gula dan garam sedikit*


Cara
  1. Kisar bahan A sehingga tapai halus.
  2. Kemudian masukan bahan B dan kisar lagi sehingga sebati semuanya.
  3. Tuang kedalam Bekas bertutup dan perap selama 1 jam atau sehingga kembang dan naik berbuih.
  4. Sediakan loyang dan sapu sedikit minyak dan lapik dengan plastik dan sapu lagi sedikit lagi minyak pada permukaan  plastik tadi.
  5. Kacau sedikit apam tadi dan tuang ke dalam acuan dan rehatkan 5-10 minit sementara menunggu air kukusan panas sepenuhnya.
  6. Tutup tudung pengukus dengan kain dan kukus selama 40-45 minit sehingga masak sepenuhnya.
  7. Keluarkan dari penguklus dan sejukan sepenuhnya sebelum di potong. Seeloknya guna pisau bergigi supaya keratan apam cantik.
  8. Tabur kelapa dan sedia untuk di sajikan.
SELAMAT MENCUBA!

 KRAM

Julai 08, 2017

Bingka Ubi Sedap Dan Mudah



Selamat pagi!!

Assalamualaikum semua... alhamdulillah bertemu kembali setelah lama tak ke dapur hihihi. Lately SN sibuk sedikit memandangkan banyak urusan yang nak di uruskan. Lagi pun EN cuti summer selama 5 minggu makin sibuk lah kita macam macam yang EN nak buat. Nak tak nak kita pun terpaksa ikut membantu.

Bingka ubi sedap dan mudah!! Haaa... seriously memang sedap dan mudah nak buat. Rasanya cukup lemak dan tak manis. Resepi ni SN olah sendiri mengikut anak tekak manakala ubi tu SN beli yang dan di parut dan frozen. Walaupun duk beribu batu jauh dari tanahair tapi syukur juga dapat merasakan nikmat kuih tempatan kita orang Malaysia. Walaupun warnanya tak gah tapi rasanya sedap tau dan SN tak letak pewarna. Ianya merupakan warna asli dari gabungan susu dan santan.

Bila part membakar bingka ni kena sabar dan SN suka bakar sampai keperangan sikit dan yang tepi keperangan itulah menjadi rebutan lebih lagi kalau masih suam gitu. Bingka ni SN bakar dalam casserole aja untuk memudahkan dan tak melekat. Kalau nak guna loyang biasa pun ok juga. Kena sapu dengan mentega dan tabur sedikit tepung. Tak payah lapik dengan kertas minyak. Ok.. joim kita tengok resepinya.


BINGKA UBI SEDAP
Resepi: Sue Norrman

Bahan bahan
500g ubi yang telah di parut halus - jangan di tapis 
1/2 tin susu manis - tin saiz rendah
1/2 tin susu cair 
1/5 cawan gula pasir
200ml santan pekat - SN guna santan kotak
3 biji telur
Sedikit esen vanilla
Pewarna kuning jika suka

*Loyang 6 atau 7 inci juga boleh guna casserole*


Cara
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 celcius, tray rack di tengah tengah selama 10 minit terlebih dahulu.
  2. Satukan kesemua bahan bahan sehingga sebati.
  3. Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan tabur sedikit tepung dan ratakan.
  4. Masukan adunan tadi ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam sehingga keperangan dan masak.
  5. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sepenuhnya dan boleh di potong.

SELAMAT MENCUBA!
 


Julai 06, 2017

Kebun Mini Home Garden

Assalamualaikum!!
Apa khabar? Hari ni SN jalan jalan keliling rumah cabut rumput yang menyelit halus pada tanaman SN. Berkesempatan juga ambil beberapa gambar untuk sahabat SN cuci mata. Sejuk mata memandang bila tanaman mengeluarkan hasil.

Cuma buah epal dan hazelnut masih kecik lagi dan dalam pertengahan autumn dah boleh di ambil. Sedap epal nya dan rangup. SN suka buat calit dengan pitis dan kerabu. Selebihnya jatuh ke tanah membusuk. Sayang tengok tapi nak buat macam mana terlebih banyak.


Cherry


Strawberry
 
 
Gooseberry



Wild Strawberry









Hazelnut
Manakala hazelnut dan gooseberry juga belum masak. Ambil sedikit masa untuk di petik. Sabar ye. Wild strawberry pula buahnya halus dan masam. Hayatnya tak berapa panjang dan kalau lambat di petik memang jatuh. Rasanya kurang lebih rasa strawberry tp lebih masam sedikit.
Jom.. cuci mata.

Epal Merah

Julai 05, 2017

Strawberry Raspberry Smoothie



Assalammualaikum!!

Apa khabar semua sahabat SN? Semoga sihat hendaknya. Lama tak update blog rindu pula nak bercerita. Lately SN busy mengemas rumah dah turun naik ikut SN buang kayu apa semua ke tempat pembuangan yang seharusnya. Sebabnya kami di sini tak boleh buang sembarangan walaupun tin sardin kecil pun kena buang ke tempat yang di sediakan. Tong sampah hijau pun kena disiplin ketika mengagih sampah tau. Satu tong memang untuk sisa makanan yang mesti di letak dalam paper bag dan yang satu tong sampah yang boleh di bakar. Tapi seronok juga sebab dari situ kita mendisplinkan diri.

Alhamdulillah cuaca cantik dan panas hari ni. Kami berdua santai di bawah pokok epal yang sedang berbuah sambil minum smoothie. Lama tak buat smoothie buah tu yang EN minta buatkan. Insyallah nanti petang SN kembali ke dapur tapi tengah duk fikir nak masak apa pula. Resepi smoothie yang amat mudah memang sure menjadi. Jom!!



STRAWBERRY RASPBERRY SMOOTHIE

Bahan bahan
1 cawan strawberry - belah 2
1/3 cawan raspberry - SN guna frozen
2 cawan fresh milk/ susu segar sejuk
2 sdm madu/ raw sugar


Cara
● Kisar kesemua bahan bahan sehingga halus dan tuangkan ke dalam gelas. 
● Sedia untuk di nikmati ketika masih sejuk.


SELAMAT MENCUBA!

Kebab, Prawn & Mussel Pizza



Selamat petang!!

Cerita semalam.. SN cuti masak bila sibuk memanjang. Bila dah jam 8pm baru terasa lapar. Nak masak pun malas so kami makan pizza aje. Nak tau tak? Size normal pizza ni boleh makan 3 orang. Besar teramat dan tak habis makan. Pizza kedai arab semua besar belaka dan banyak pilihan beserta salad kobis yang sangat sedap!

Biasa SN beli di bandar tapi semalam kita cuba tempat baru tak berapa jauh dari kediaman SN. Owner arab syria dan 2 orang pekerja pun dari syria. Asal mereka pelarian dan kini sudah nendapat penduduk tetap dan yang dah mendapat kerakyatan.

Makanya kami pilih pizza yang menepati selera anak tekak. SN order mussel dan prawn pizza manakala EN pula order kebab pizza. Alhamdulillah toping yang sangat sedap dan dohnya rangup gitu.. no recipe ye tapi kita share foto aja.

ASSALAM...


KRAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...